Sunday, February 21, 2010

TUGASAN 1

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

E 5143-KAWALAN MOTOR
TUGASAN 1



1. Di Industri terdapat pelbagai jenis dan bentu motor AT. Dengan bantuan gambarajah , terangkan prinsip asas pacuan motor AT yang terdapat di industri.

2. Sebuah motor majmuk panjang 4 kutub berbelitan tindih (jenis simpleks) membekalkan kuasa sebanyak 25 kW pada voltan pangkalan 500V. Rintangan belitan angker berjumlah 0.04 ohm, manakala rintangan belitan medan pirau berjumlah sebanyak 210 ohm. Andaikan kejatuhan berus 2V, kirakan :

a. D.g.e balikan.
b. Jumlah bilangan pengalir sekiranya ia dipacu pada kelajuan 1200 psm dan jumlah fluks/kutub
ialah 0.02 Wb.

3. Sebuah motor pirau 4 kutub, 230V membekalkan kuasa sebanyak 11kW berputar pada kelajuan 900 psm. Arus angker dan arus medan pada keadaan tersebut masing-masing berjumla 49A dan 1A. Sekiranya angker mempunyai sejumlah 0.1 ohm kejatuhan berus berjumlah 2V. Kirakan:

a. Jumlah dayakilas yang dihasilkan
b. Jumlah dayakilas aci
c. Kecekapan.

4. Sebuah motor pirau AT 120 V mempunyai rintangan angker sebanyak 0.25 ohm dan mengalami kejatuhan berus sebanyak 3V. Kirakan:

a. Arus angker apabila d.g.e balikan, 115V.
b. Arus angker apabila d.g.e balikan 110V
c. Peratus perubahan arus angker dan d.g.e balikan.

No comments:

Post a Comment